Dokumen Penting Elakkan Anda Sangkut Di Imigresen Australia
Dah terlalu banyak, malah setiap kali bukak group berkenaan, pasti ada perkongsian pengalaman yang kurang enak ‘tersangkut’ atau ditahan di imigresen Australia. Ada yang langsung tidak dibenarkan masuk.
Sebenarnya, inilah reality yang terpaksa kita hadapi kalau nak ke Australia. Semuanya gara – gara ‘pendatang’ negara kita sendiri yang membuat onar dengan menyalahgunakan visa pelancong, sebaliknya mencari pekerjaan.
Menurut laporan dari laman SBS News, rakyat Malaysia adalah yang paling tinggi dalam kes penyalahgunaan visa dengan kira – kira 10,000 kes pada 2016 dan 2017. Kalau jumlah ini ditambah dengan jumlah sebelum ini, rakyat Malaysia yang tinggal secara haram di Australia mencecah 62 ribu orang!
Berbalik kepada jumlah ini, tak hairan kenapa pihak berkuasa Australia seakan – akan mensasarkan pelancong dari Malaysia. Kesannya, yang datang secara sah pun berkemungkinan besar ditolak kerana disyaki mempunyai niat untuk bekerja.
Berikutan kes ramai yang tidak dibenarkan masuk walaupun secara sah, seorang backpacker ‘otai’ telah berkongsi persediaan dokumen sebelum ke Australia di sebuah group di Facebook iaitu Backpackers Buddies Malaysia (BBM).
Kalau siapa yang rajin refer di BBM ni, memang banyak maklumat berkenaan travel lebih – lebih lagi style backpackers dikongsikan disini.
Berbalik kepada persediaan dokumen ke Australia tadi, menurut Firdaus A, jika melancong secara berkumpulan, ketua boleh sediakan salinan dokumen dalam satu fail dan boleh juga disimpan oleh semua ahli. Pastikan setiap ahli faham dan tahu setiap isi dokumen supaya senang apabila disoal.
Antara isi kandungan fail yang diperlukan untuk lepas Imigresen Australia dengan mudah termasuklah :
- Senarai Nama Peserta (jika berkumpulan)
- Tujuan Perjalanan
- Salinan Tiket Penerbangan (pergi dan balik)
- Salinan Pengesahan Tempat Penginapan (tak kira hotel atau Airbnb, pastikan ada salinan)
- Salinan pengesahan sewa kereta (jika perlu)
- Draft Itenerari
- Surat Pengesahan Bekerja Dari Majikan
- Surat Pengesahan Bercuti Dari Majikan
- Penyata Bank Setiap Individu (Bukti Korang Ada Duit Yang Cukup Untuk Melancong)
- Kad Perniagaan Atau Bukti Mempunyai Pekerjaan Di Malaysia
Menurut perkongsian Firdaus A tersebut, dokumen beliau ini pernah dipuji pegawai imigresen dan mereka kagum kerana ianya serba lengkap.
Walaubagaimanapun, beliau menasihati supaya sentiasa bersedia walaupun korang jenis keluar masuk Aussie.
- BBM | Cari