Patung Ikonik ‘Merlion’ Tertinggi Di Singapura Bakal Dirobohkan

TRAVEL
September 24, 2019 - 12:15 PM


Jika anda ke Singapura, pasti ‘tak lengkap’ perjalanan anda tu kalau tak bergambar dengan patung ikonik Singapura iaitu Merlion yang juga merupakan lambang negara Singapura. Dikhabarkan, patung Merlion tersebut bakal dimusnahkan tak lama lagi, betul ke?

Patung Melion tertinggi di Singapura yang terletak di Pulau Sentosa yang berketinggian 37 meter akan dimusnahkan selepas 20 Oktober 2019.

Jadi, korang tak perlu risau, yang dirobohkan adalah Melion tertinggi di Singapura, Merlion asal masih teguh berdiri berdekatan One Fullerton tu.

Untuk pengetahuan, patung Merlion tertinggi di Singapura ini bakal dirobohkan bagi membolehkan projek pembangunan baharu di Pulau Sentosa. Secara tidak langsung, ia akan menjadikan Pulau Sentosa sebagai lokasi terbesar dan menarik lebih ramai pengunjung.

Setakat ini, tiada rancangan untuk patung Merlion setinggi 37 meter ini untuk dipindahkan. Jadi, kalau korang nak ambil gambar kenang – kenangan, bolehlah ke Pulau Sentosa sebelum 20 Oktober 2019.

Merlion Ini Yang Bakal Dirobohkan~ 

Macam yang kami sebut tadi, kalau nak bergambar dengan Merlion ‘sebenar’ ia masih ada dan tidak dirobohkan. Yang dirobohkan hanyalah Merlion tertinggi di Singapura di Pulau Sentosa.

 

 

 

Destination: 

Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?

• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA

• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video