
Pelancong Asing Tak Perlu Lagi Cap Pasport Bila Keluar Singapura
VIRALApril 18, 2019 - 11:04 AM
Mulai 22 April, pelancong asing yang berlepas dari Singapura tidak perlu lagi mendapatkan pengesahan pelepasan imigresen atau cap tarikh pelepasan dalam dokumen perjalanan mereka.
Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam catatan di laman sesawangnya berkata langkah itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk memperkemas prosedur di pusat pemeriksaan dan mempercepat proses pelepasan imigresen.
Oleh itu, semua pelancong asing yang berlepas dari Singapura melalui kaunter yang dikendalikan pegawai imigresen tidak perlu lagi mendapatkan pengesahan pelepasan dalam pasport mereka apabila meninggalkan Singapura bermula Isnin ini.
Sebelum ini, semua pelancong asing yang berlepas dari Singapura perlu mendapatkan cap tarikh pelepasan dalam pasport mereka oleh pegawai imigresen di kaunter.
Sejak September 2016, ICA berkata pelancong asing yang mendaftar cap jari mereka melalui sistem BioScreen apabila tiba di negara ini layak menggunakan lorong automatik apabila meninggalkan Singapura.
Mereka tidak menerima pengesahan pelepasan imigresen apabila menggunakan lorong automatik.
Sumber: BERNAMA
Destination:
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video