Penginapan Yang Sebijik Seperti Di Bali Terletak Di Johor

November 16, 2021 - 03:08 PM


Sejak boleh rentas negeri, pergi ke mana sahaja tentu penuh sekali lebih-lebih lagi pada hujung minggu atau cuti sekolah. Ramai orang pergi bercuti selepas sekian lama duduk di rumah bagi menenangkan fikiran dan membawa keluarga tercinta berjalan-jalan. Banyak tempat menarik di seluruh Malaysia yang boleh kita lawat tanpa perlu menghabiskan tenaga dan wang untuk ke negara lain. 

Tentu ada di antara korang yang kalau mencari tempat penginapan mempunyai ciri-ciri tertentu contohnya seperti hotel 5 bintang atau tempat yang terletak di tengah bandar. Ini semua bergantung pada cita rasa masing-masing dan di dalam artikel kali ini, jika korang sedang mencari tempat yang sangat lawa seperti di bali dan mempunyai beberapa aktiviti menarik sila baca sampai habis. 

Rina Balinese Resort yang terletak di Johor ini Lagi merupakan sebuah penginapan bersuasanakan kampung yang aman damai. Ia juga menyediakan pelbagai aktiviti  seperti ATV, memanah dan Mini Gym. Selain itu, tempat ini juga menyediakan hidangan makan seperti nasi Tumpeng, Nasi Ayam Penyet dan banyak lagi. Tentu sukar untuk korang membuat pilihan namun datang ke sini tentu sekali korang akan rasa berbaloi dengan servis yang diberikan. 

Tentu korang tertanya berapa harga menginap di sini ? Jeng Jeng Jeng harga disini serendah RM 220 semalam untuk 2 orang dan ianya beserta breakfast. Jika korang berminat, berikut merupakan maklumat lanjut tentang tempat ini. 

Rina Balinese Resort
📍 Lot 2515, Jalan Seelong Jaya 6
Kampung Seelong Jaya
81400 Senai, Johor

Hubungi : 
Call/Wassap 016716 1168 / 07 238 0269

Website: rbr.my

Destination: