Adidas Buka Kedai Sukan Pertama Berkonsep ‘Home of Sports’ Di Mid Valley!

SUKAN
October 11, 2023 - 12:47 PM


Jenama barangan sukan terkenal, Adidas mengajak orang ramai terutamanya peminat jenama itu untuk mengunjungi butiknya di pusat membeli-belah Mid Valley yang julung kali memperkenalkan konsep’Home of Sports’.

Pelbagai barangan ditawarkan merangkumi semua kategori termasuk kanak-kanak yang boleh didapati di cawangan tersebut.

Kedai berkenaan yang berkeluasan 10,925 kaki persegi mewujudkan satu pengalaman luar biasa kepada peminat-peminat Adidas bagi mengunjungi premis tersebut.

Mempunyai beberapa ruang pilihan barangan tersusun sekali gus memudahkan pengunjung memilih barangan yang ingin dimiliki mereka.

Selain itu, lebih menarik segala produk baharu dan inovasi dibangunan Adidas turut dipamerkan di sini.

Dalam masa sama, Adidas turut bekerjasama dengan Hanisah Johari dan Syikin Abdullah iaitu menyediakan ruang khas untuk menampilkan karya seni mereka.

Sempena dengan pelancaran kedai konsep ‘Home of Sports’ yang pertama di Malaysia, Adidas turut memperkenalkan Bunga Raya Key City Tee.

Mereka yang membeli produk Adidas bernilai minimum RM400 dari 14 September hingga 5 Oktober ini, boleh menebus beg Bunga Raya secara percuma, sementara stok masih ada.

Untuk maklumat lanjut mengenai kedai dan barangan bertemakan Bunga Raya, nantikan Instagram rasmi adidas Malaysia @adidasMY.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by adidas Malaysia (@adidasmy)

Sumber: UTUSAN

Destination: