Penyokong Korea Selatan Pamer Tanda Solidariti Buat Palestin Ketika Aksi Kelayakan Piala Dunia

SUKAN
September 06, 2024 - 12:17 PM


Biarpun berdepan dengan genosid, Palestin tetap melawan dan memberi ancaman besar kepada gergasi bola sepak Asia iaitu Korea Selatan apabila bejaya mengikat mereka 0-0 pada aksi kelayakan Piala Dunia malam tadi.

Membuat penampilan sulung di pusingan ketiga kelayakan Zon Asia, Palestin yang menduduki ranking ke-96 dunia berdepan Korea Selatan yang menduduki tangga ke-23 dan memberi tentangan yang cukup sengit.

Selain dari aksi di atas padang yang mencuri tumpuan, penyokong yang hadir lebih-lebih lagi penyokong tuan rumah turut menarik perhatian. Majoriti penyokong Korea Selatan mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi dan menunjukkan tanda solidariti buat Palestin.

Sebagai rekod Palestin akan kembali ke Kuala Lumpur yang menjadi pangkalan latihan mereka dan  beraksi di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur menentang Jordan, Selasa ini untuk aksi kelayakan berikutnya

Destination: