"Saya Sepatutnya Hormati Senior" - Bergaduh Dengan Son, Lee Kang In Mohon Maaf
SUKANBaru-baru ini, sebuah kenyataan telah dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA) di media british yang mengesahkan bahawa kapten pasukan, Son Heung-Min telah cedera di jarinya kerana bergaduh dengan rakan sepasukan sebelum aksi separuh akhir Piala Asia 2023 minggu lepas.
Pergaduhan itu dikatakan berlaku ketika makan malam sebelum perlawanan menentang Jordan, yang menyaksikan Korea Selatan gagal ke final selepas tewas 2-0.
Menurut kenyataan dari Yonhap News, terdapat insiden pergaduhan antara Son Heung-Min dengan bintang muda Paris Saint Germain, Lee Kang In.
.@YonhapNews reported the conflict between Son Heung-min and Lee Kang-in in more detail.
— Korea Football News (@KORFootballNews) February 14, 2024
1. The national team players usually have dinner together the day before the game to strengthen unity. However, the day before the Jordan match, young players including Lee Kang-in, Seol… pic.twitter.com/elvy7DSo3J
Difahamkan, para pemain Korea Selatan sepatutnya makan malam bersama sehari sebelum perlawanan. Bagaimanapun, sehari sebelum perlawanan Jordan, pemain muda termasuk Lee Kang-in, Seol Young-woo, dan Jung Woo-young memilih untuk makan awal dan kemudiannya bermain pingpong.
Isu bermula apabila pemain-pemain muda tersebut bermain pingpong dengan bising di sebelah pemain lain yang sedang makan malam. Melihat keadaan itu, Son cuba memberi teguran namun tidak diendahkan.
Keengganan pemain-pemain muda itu menyebabkan pergaduhan berlaku dimana Son yang marah bertindak untuk memegang kolar Lee. Tindakan tersebut telah menyebabkan Lee menghayunkan penumbuknya ke arah Son namun berjaya dielak oleh pemain Spurs tersebut.
Ketika pergaduhan tersebut cuba dilerai pemain-pemain lain, jari Son terkehel. Ekoran itu, pemain senior, termasuk Son sendiri meminta Jurgen Klinsmann untuk mengeluarkan Lee daripada senarai untuk perlawanan menentang Jordan, kerana dia dikatakan telah mengganggu suasana pasukan.
Namun, Klinsmann enggan menerima cadangan tersebut sebalik tetap menurunkan Lee dalam aksi menentang Jordan.
Terkini, Lee Kang-In dalam satu kenyataannya di Instagram Story telah memohon maaf ekoran insiden berkenaan.
"Saya telah menyebabkan kekecewaan besar kepada semua peminat bola sepak yang menyokong pasukan kebangsaan. Saya sangat menyesal. Saya sepatutnya mendengar pemain yang lebih tua dan saya memohon maaf kerana tidak menunjukkan sikap yang baik.
"Saya memohon maaf kepada ramai orang yang kecewa dengan saya. Saya amat sedar betapa peminat yang melabur dalam diri saya sebagai pemain. Mulai sekarang, saya akan cuba menyokong pemain senior dan menjadi pemain dan orang yang lebih baik," tulisnya.
Untuk makluman, Korea Selatan merupakan antara pasukan yang menduduki ranking tertinggi dalam pertandingan itu namun gagal ke final apabila tewas 2-0 kepada Jordan pada separuh akhir Piala Asia.
Sumber: X