Messi Bakal Duo Bersama Ronaldo Di Al-Hilal

SUKAN
May 09, 2023 - 12:39 PM


Messi Bakal Duo Bersama Ronaldo Di Al-Hilal

Lionel Messi bakal bersama Cristiano Ronaldo bermain di liga Arab Saudi pada musim panas ini.

Menurut laporan El Chiringuito, pemain Paris Saint-Germain itu akan menerima tawaran lumayan daripada Kelab Arab Saudi, Al-Hilal.

Pakar perpindahan pemain, Fabrizio Domano pada April lalu mendedahkan, Messi menerima tawaran melebihi 400 juta euro (RM1.95 juta) setahun daripada kelab Arab Saudi itu.

Pemenang Piala Dunia bersama Argentina itu kembali menyertai latihan Paris Saint-Germain semalam selepas digantung dua minggu kerana melancong ke Arab Saudi tanpa kebenaran.

 "Saya memohon maaf kepada rakan sepasukan dan saya menanti apa tindakan kelab ke atas saya." 

Messi dijangka akan meninggalkan Parc des Princes sebaik kontraknya tamat pada musim panas ini kerana hubungan antara penyokong PSG tidak begitu baik.

Walaupun dia lebih cenderung untuk kembali bersama Barcelona, kelab gergasi Sepanyol itu tidak berupaya daripada segi kewangan untuk membawanya ke Camp Nou.

Pilihannya semakin terhad dan pilihan terbaik adalah menerima tawaran Al-Hilal.

El Chiringuito turut mendedahkan, bekas rakan sepasukan Messi di Barcelona, Sergio Busquets juga akan menerima tawaran Al-Hilal, manakala Jordi Alba bakal menyusul sekiranya dia berjaya menamatkan kontraknya bersama Barca.