"The Goat" - Messi Menang Ballon d'Or Kelapan

SUKAN
October 31, 2023 - 10:48 AM


Bintang sensasi dari Argentina yang kini sedang bermain untuk Inter Miami, Lionel Messi diumumkan sebagai pemenang Ballon d’Or buat kali kelapan awal pagi ini.

Bintang yang berusia 36 tahun itu diiktiraf pada majlis tersebut di Paris selepas membantu negaranya memenangi Piala Dunia Qatar 2022 pada disember lalu.  Sebagai kapten, Messi berjaya memainkan peranan penting dalam kejayaan Argentina di Qatar, menjaringkan tujuh gol dan memberi bantuan gol sebanyak tiga ketika dia dinamakan sebagai Pemain Kejohanan

Messi berjaya melebarkan rekod kemenangan anugerah Ballon d’Or tersebut dengan mengatasi penyerang berbisa Manchester City, Erling Haaland yang menjaringkan 52 gol musim lalu ketika City memenangi Treble pada 2022-23.

Haaland menduduki tempat kedua dalam undian dan memenangi Trofi Gerd Muller yang diberikan kepada penyerang terbaik tahun ini. Manakala, Kylian Mbappe yang merupakan tonggak utama Perancis terpaksa akur menduduki tempat ketiga setelah menjadi pemain kedua menjaringkan hatrik pada final Piala Dunia Qatar 2022 ketika tewas 4-2 menerusi penentuan penalti kepada Argentina.

“Berasa seronok berada di sini sekali lagi untuk menikmati detik ini. Untuk dapat memenangi Piala Dunia dan mencapai impian saya amat menakjubkan,” kata Messi. 

Kemenangan Messi pada pagi tadi menjadikannya pemain paling banyak memenangi anugerah tersebut dengan lapan kemenangan.

Suka atau tidak, kita kena akui yang dia memang GOAT....

Destination: