"Ekor Harimau Sejati!" - Abang Rambut Perang Sanggup Jual Motor Demi Ke Qatar!

SUKAN
January 26, 2024 - 11:18 AM


Biarpun aksi skuad Harimau Malaya pada dua perlawanan peringkat kumpulan di Piala Asia mengecewakan, namun siapa sangka skuad kendalian Kim Pan Gon berjaya memberi harapan baru buat penyokong para penyokong apabila berjaya mengikat Korea Selatan dengan jaringan 3-3 pada aksi akhir peringkat kumpulan.

Keputusan tersebut mendapat reaksi positif dari seluruh dunia. Bahkan ada ramai menyatakan gol jaringan penyamaan Faisal Halim antara calon gol terbaik kejohonan. Bukan sahaja aksi para pemain mendapat pujian, rata-rata aksi penyokong ataupun "Ekor Harimau Malaya" di bumi Qatar turut menarik perhatian.

Reaksi sebak & terharu seorang penyokong sebaik sahaja Malaysia mendahului perlawanan melalui jaringan penalti Ariff Aiman menjadi bualan orang ramai. Ternyata, pemuda tersebut bernama Derrick Gan. Ya Derrick Gan, seakan sama dengan general tengah yang beraksi cemerlang Brendan Gan.

Rupanya-rupanya, demi skuad kebangsaan tercinta Derrick sanggup menjual motor miliknya demi membiayai kos penerbangan ke Qatar semata-mata untuk menyokong skuad Harimau Malaya. Mengalir air mata jantannya sebaik skuad kebangsaan mencipta kejutan.

Biarpun kita pulang dengan keputusan 2 kalah dan 1 seri, namun aksi terakhir menentang Korea Selatan itu memberi harapan besar buat para penyokong, sekaligus menghilangkan desas-desus Kim Pan Gon akan dipecat. 

Destination: