Pemain Badminton China Rebah Di Gelanggang Sebelum Disahkan Meninggal Dunia
SUKANPemain badminton muda China, Zhang Zhi Jie yang berusia 17 tahun, meninggal dunia selepas rebah di gelanggang semasa perlawanan Kejohanan Badminton Junior Asia di Yogyakarta semalam.
Ketika kedudukan 11-11 pada perlawanan set pertama menentang Kazuma Kawano dari Jepun di Kejohanan Berpasukan Campuran Badminton Remaja Asia, Zhijie tiba-tiba rebah ke lantai dalam keadaan tertiarap.
Zhi Jie turun dalam perlawanan ketiga apabila regu campuran China bertemu Jepun di GOR Among Raga Yogyakarta tengah hari semalam.
Pasukan perubatan bergegas memberikan bantuan kecemasan sebelum dia dibawa ke hospital berdekatan dengan menaiki ambulans.
Selepas menerima rawatan rapi di hospital berkenaan, Zhi Jie tidak dapat diselamatkan.
"Pemain perseorangan China, Zhang Zhijie, rebah di atas gelanggang semasa perlawanan pada sebelah malam.
"Dia dihantar ke hospital di mana dia meninggal dunia pada 11:20 malam waktu tempatan semalam.
"Dia dirawat oleh doktor kejohanan dan pasukan perubatan. Dia dibawa dalam ambulans siap sedia dalam masa kurang dua minit dan dihantar ke hospital.
"Badminton Asia, PBSI dan jawatankuasa penganjur amat berdukacita dan merakamkan ucapan takziah kepada ibu bapa Zhang, keluarga, dan Persatuan Badminton China."
"Dunia badminton kehilangan pemain berbakat," kata Badminton Asia dan Persatuan Bulutangkis Seluruh Indonesia (PBSI) dalam satu kenyataan.
STATEMENT FROM BADMINTON ASIA AND BADMINTON ASSOCIATION OF INDONESIA (PBSI)#BadmintonAsia #BadmintonAsiaJuniorChampionships2024 #BAJC2024 pic.twitter.com/nIRnCDOcJI
— Badminton Asia (@Badminton_Asia) June 30, 2024
Sumber: X