Perlawanan Tumpuan Liga Super Malaysia : Selangor vs JDT

March 01, 2019 - 12:43 PM


Perlawanan ke-5 Liga Super minggu ini berlangsung macam biasa dan perlawanan tumpuan sudah semestinya antara Selangor dan Selangor 2 JDT, di Stadium Shah Alam dengan kedua-dua pasukan ada misi tersendiri.

Pinjam Poster Rawang Brigade Kejap

Selangor sudah semestinya untuk mencari kemenangan pertama, dan JDT semestinya mahu menunjukkan mereka adalah pasukan terbaik di negara ini dan status sebagai satu-satunya pasukan dari Malaysia yang layak ke ACL, tewas kepada Selangor adalah sesuatu yang memalukan kalau nak dikirakan rekod Selangor yang gagal menang sebelum ini.

Ketika ini, JDT hadir dengan barisan serangan terbaik dalam kalangan pemain import dan tempatan dengan jentera dikuatkan oleh Gonzalo Cabrera, Leandro, Safawi, Akhyar dan juga Hazwan Bakri. Pemain-pemain yang kita semua maklum mempunyai kualiti yang tersendiri.

Walaubagaimanapun, pengendali Selangor, B. Satiananthan dijangka bakal menurunkan trio midfield yang sama ketika seri dengan Pahang iaitu Sarkunan, Dos Santos dan Halim Saari untuk mengekang asakan Harimau Selatan.

Pertahanan pula, coach Satia mungkin akan menurunkan Syahmi, Nguyen, Nurri dan Latiff Suhaimi. Perlawanan malam ini antara Selangor vs JDT dijadualkan pada 9 malam di Stadium Shah Alam.

p/s : Bola tu bulat, apa pun atas kertas 90 minit perlawanan akan jadi lain dan harap sangat mutu pengadilan bertambah.