Pingat Olimpik Pudar Selepas Seminggu Dibawa Pulang Dari Paris
SUKANSeorang pemenang pingat Olimpik menunjukkan pingat yang kelihatan begitu teruk hanya seminggu selepas memenanginya.
Nyjah Huston memenangi gangsa untuk Amerika Syarikat (AS) dalam acara Street lelaki papan selaju di Sukan Olimpik Paris 2024.
Hutson, 29, kembali ke Amerika dan menetap di Laguna Beach, California.
Atlet papan selaju itu sedang bercuti bersama rakan-rakan dan berjemur di bawah sinar matahari serta mempamerkan pingat baharunya.
Namun, pingat itu kini tidak kelihatan seperti ketika ia dianugerahkan kepadanya.
Menerusi rakaman video yang disiarkan dalam laman Instagramnya, pingat itu kelihatan luntur dan menggelupas.
Hutson menegaskan bahawa kualiti logam itu mungkin tidak "setinggi" seperti yang dia fikirkan pada mulanya dan meminta agar ia diperbaiki.
Dia berkata, "Pingat itu kelihatan hebat apabila ia masih baru.
"Tetapi ia kelihatan lebih teruk selepas saya membiarkan ia berada di kulit saya dengan sedikit peluh untuk seketika dan membiarkan rakan saya memakainya pada hujung minggu.
"Pingat itu nampaknya tidak berkualiti tinggi seperti yang anda sangkakan.
"Maksud saya lihat lah apa yang sudah berlaku.
"Malah bahagian depan mula menggelupas sedikit jadi saya rasa pingat Olimpik perlu meningkatkan kualiti sedikit."
Ketika bahagian belakang pingat itu rosak dengan agak ketara, tulisan yang tertera di atasnya juga kelihatan terjejas.
"Saya tidak tahu, pingat Olimpik, anda harus meningkatkan kualitinya," katanya dalam hantaran video itu.
Huston merangkul pingat emas 12 kali dalam X-Games selain menang emas enam kali pada Kejohanan Dunia.