Rekod Tanpa Kalah Spurs Lebur

SUKAN
November 07, 2023 - 11:29 AM


Pasukan Tottenham Hotspur yang sebelum ini berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 10 perlawanan pertama dan menjadi pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) akhirnya terkandas di tangan The Blues.

Semuanya nampak baik bagi Spurs apabila terlebih dahulu berapa di depan melalui rembatan Dejan Kulusevski yang berjaya menembus gawang lawan pada minit ke-6. Namun, kesalahan yang dilakukan Cristian Romero sehingga menyebabkannya dibuang padang memberikan Chelsea goal yang pertama dan situasi Spurs semakin memburuk apabila mereka kehilangan seorang lagi pertahanan Micky van de Ven dan perancang James Maddison akibat kecederaan sebelum rehat.

Lebih teruk, Destiny Udogie dilayangkan kad kuning kedua 10 minit selepas rehat yang menyukarkan tuan rumah memburu kemenangan dan kesempatan itu dimanfaatkan Chelsea menerusi Nicolas Jackson yang meletakkan pasukannya di hadapan pada minit ke-75.

Perlawanan tersebut menyaksikan Jackson meledak hatrik manakala pasukan tuan rumah berakhir dengan sembilan pemain. Spurs gagal merampas kedudukan pendahulu liga selepas tewas 1-4 di laman sendiri kepada Chelsea dalam perlawanan awal pagi tadi. 

Ia kemenangan yang penting buat pengurus Blues, Mauricio Pochettino walaupun dibayangi beberapa insiden membabitkan keputusan VAR, pertelingkahan pemain dan jaringan tidak dibenarkan.

 

Sumber: Harian Metro

Destination: