Rumah Pemain Pertahanan Selangor, Khuzaimi Piee Dipecah Masuk

SUKAN
May 23, 2024 - 11:14 AM


Rumah pemain pertahanan Selangor, Khuzaimi Piee dipecah masuk ketika menjalani sesi latihan bersama pasukan dan kejadian itu mengakibatkan beliau kehilangan beberapa barangan berharga.

Perkara ini dikongsikan okeh Khuzaimi sendiri menerusi laman media sosial Instagram miliknya dimana beliau juga sudah membuat laporan polis. 

Dalam laporan polis yang dibuat, Khuzaimi mendakwa beliau bergerak ke pusat latihan pada pukul 2 petang dan apabila sampai ke rumah pada pukul 9 malam, pintu depan dan belakang rumah telah terbuka. 

Menurutnya, setelah memeriksa keadaan rumah, beberapa barangan didapati hilang seperti motosikal jenis Yamaha Y15, beg silang dan juga pasport. 

Dalam pada itu, beliau turut memuat naik beberapa keping gambar keadaan dalam rumahnya yang berselerak dipercayai akibat digeledah ketika dipecah masuk semalam. 

Ini merupakan kes jenayah keempat membabitkan bintang bola sepak selepas Akhyar Rashid, Faisal Halim dan Safiq Rahim.

Akhyar sebelum ini disamun sementara Faisal disimbah asid manakala kereta Safiq dirosakkan menggunakan tukul besi. Kesemua suspek setiap kes masih bebas. 

 

Sumber: Instagram & Kosmo

Destination: