Tewas Kepada Selangor, Penyokong Persija 'Mengamuk'
SUKANPada ahad lepas, telah berlangsung Kejuaraan RCTI Sports Premium 2024 di mana pasukan Selangor FC berentap dengan Persija Jakarta di Stadium Antarabangsa Jakarta.
Perlawanan tersebut menyaksikan pasukan Selangor FC berjaya menumpaskan kelab dari Jakarta itu dengan skor 1-0 hasil jaringan tunggal daripada penyerang The Red Giants, Alvin Fortes pada minit ketiga.
Namun, berlaku satu insiden tidak diingini di mana penyokong skuad Persija bertindak agresif dengan menyalakan suar (flame) serta mercun sehingga asap memenuhi stadium.
Terdapat juga rakaman yang tular di media sosial yang menunjukkan pergelutan yang berlaku diantara beberapa penyokong Persija bergelut dengan pihak polis.
Terjadi pengeroyokan oleh support setelah pertandingan Persija Jakarta Vs Selangor Fc, beruntung pihak keamanan langsung bertindak tegas dengan menarik korban agar situasi bisa kembali kondusif lagi. pic.twitter.com/TWfwB1uoLa
— Explore Pasar Minggu (@kecpasming28) June 3, 2024
Atas faktor keselamatan, perlawanan tersebut terpaksa dihentikan pada minit ke-87 sekali gus Selangor dinobatkan sebagai pemenang.
Dalam pada itu, kemenangan tersebut merupakan trofi kedua kejuaraan empat penjuru dimenangi anak buah Nidzam Jamil selepas muncul juara Selangor Kusel Asia Challenge (SAC) 2024 pada April lalu.
Selain Selangor dan Persija Jakarta, kejohanan turut disertai Sabah serta PSIS Semarang yang menawarkan hadiah keseluruhan AS$30,000 (RM140,000).
Sumber: Astro Awani