Penduduk Sydney 'Bebas' Semula

October 11, 2021 - 10:26 PM


Penduduk Sydney hari ini meraikan 'Merdeka' selepas hampir empat bulan dikenakan perintah berkurung akibat penularan Covid-19. 

Dengan 70 peratus daripada kira-kira 5 juta penduduk sudah divaksin sepenuhnya, New South Wales akan membenarkan pembukaan semula semua kedai runcit, pub, restoran, pawagam, teater, serta mengurangkan sekatan perjalanan. 

Setelah kadar vaksinasi mencecah 80 peratus dalam tempoh satu atau dua minggu kemudian, sekatan akan dilonggarkan lagi dengan penduduk dibenarkan untuk memandu dan bercuti di mana-mana sahaja di New South Wales.

Seorang pemilik hotel butik kecil bertaraf lima bintang di Central Coast di utara Sydney, Brian Barry berkata, penduduk berasa terdesak untuk bercuti dan berbelanja secara berlebihan.

“Ada banyak wang di luar sana kerana tiada sesiapa yang membelanjakannya,” katanya.

Dilaporkan, sepanjang Oktober dan November, individu yang masih belum menerima suntikan vaksin Covid-19 dilarang untuk memasuki kebanyakan kedai runcit, pub, kelab serta kemudahan sosial dan sukan. 

Hanya penduduk yang sudah menerima vaksin sepenuhnya dibenarkan untuk menikmati kebebasan baharu di Sydney.  

Penduduk yang lain pula perlu menunggu hingga Disember depan, manakala beberapa pihak menyifatkan undang-undang itu sebagai satu bentuk apartheid.

Destination: