Balung Lost World - Sungai Merah Di Tawau Sabah

January 07, 2021 - 04:02 PM


Kepada hikers di luar sana, korang pasti akan tertarik dengan keunikan dan keindahan semula jadi yang ada di Balung Lost World yang terletak di Tawau ni. Memang wajib masuk dalam wishlist korang. Balung Lost World terletak di dalam Hutan Simpan Berkekalan Hulu Kalumpang dan ianya sangat luas iaitu pada 8000 hektar. Ianya tidak dibuka untuk orang awam ya.

Tetapi boleh diterokai melalui Biro Pelancongan Koperasi Balung Cocos, syarikat yang bertanggungjawab untuk aktiviti pelancongan di Kampung Balung Cocos. Hutan istimewa ini boleh diterokai apabila penduduk Kampung Balung Cocos bekerjasama dengan Jabatan Perhutanan Sabah. Antara tarikan terbesar di sini adalah sungai merahnya.

Selain itu hutan ini juga mempunyai punca air bukit dari dua arah, batu kristal, dan periuk kera yang menjadikan hutan ini lain daripada hutan simpan di luar sana. Biro Pelancongan Koperasi Balung juga menawarkan pakej murah pada harga RM 35 untuk korang yang berminat nak explore hutan yang unik ini. Transport dari Kampung Balung juga turut disediakan.

Jadi, kalau korang nakkan satu pengalaman lain daripada yang lain, korang bolehlah pergi ke The Lost World of Balung di Tawau Sabah ni. Confirm berbaloi dan jangan lupa untuk mengambil gambar dekat lokasi-lokasi unik di sana lagi-lagi air sungai merah mereka. Untuk info lanjut korang boleh pergi di bawah ke laman web Facebook mereka. Have fun!

Facebook

Destination: