Bandar Tenom - 5 Aktiviti Yang Korang Boleh Buat Di 'Bandar Kopi' Di Sabah Ini

October 20, 2020 - 06:37 PM


Tenom merupakan satu lokasi yang menumpukan ekonomi pertanian di Sabah dan lebih dikenali sebagai bandar kopi oleh penduduk tempatan di sana. Korang perlu drive selama 3 jam dari Kota Kinabalu Airport untuk sampai ke Pekan Tenom. Jadi dah sampai tu, korang boleh try aktiviti-aktiviti ni:

 

Naik Kereta Api Tertua Di Borneo

Aktiviti pertama yang korang boleh buat setibanya di Tenom adalah menaiki kereta api di Stesen Tenom ke Beaufort. Sepanjang perjalanan korang akan dihidangkan dengan pemandangan sawah padi, hutan hujan, Sungai Padas, ladang getah, dan kawasan-kawasan kampung. Korang akan berasa seolah-olah masuk kedunia silam dengan menaiki train ni. Dan duduk di lantai lah best.

 

White Water Rafting Di Sungai Padas

Kalau tadi korang nampak Sungai Padas dari dalam train, korang kini boleh pergi ke sana untuk white water rafting. Dikatakan bahawa sungai ini merupakan antara 7 jeram terbaik di Asia Tenggara tau. Korang boleh pilih dari 9 jeram mengikut tahap kepakaran korang. Dan nama yang diberi untuk jeram-jeram tersebut juga sangat kelakar seperti Washing Machine, Cobra, dan Merry Go Round.

 

Lawati Kilang Kopi Di Tenom

Kalau korang hairan kenapa Bandar Tenom dikenali sebagai Bandar Kopi, Tenom mempunyai kilang pengeluaran kopi mereka tersendiri. Dua kilang yang famous di sini adalah Yit Foh dan Fatt Choi.

Kilang Yit Foh merupakan kilang tertua di Sabah yang dibina pada tahun 1960. Menghasilkan bijian kopi Robusta yang terbaik di sini. Dan kalau korang datang sini, korang boleh tengok cara tradisional untuk membuat bijian kopi.

Fatt Choi pula dibina pada tahun 1986, Mereka pakar dalam menghasilkan biji kopi Robusta yang datang dari tanah rendah. Korang juga boleh lihat keseluruhan proses dalam menghasilkan biji kopi dari proses memanggang hinggalah ke packaging.

 

Lawati Murut Cultural Centre

Korang juga boleh lawati Murut Cultural Centre untuk belajar mengenai suku Murut di sini. Tenom memang dipenuhi oleh penduduk suku Murut, jadi bila korang dah datang Tenom kenalah belajar tentang sejarah penduduk mereka. Korang boleh lihat pelbagai pameran menarik yang ditunjukkan seperti peralatan dan pakaian suku Murut. Korang juga boleh melihat tarian tradisional kalau korang bertuah lah.

 

Minum Kopi

Ya, minum kopi. Korang dah datang ke Bandar Kopi, dah pergi kilang dia, takkan nak balik macam tu je kan? Kena la try kopi asli bandar ni pula. Korang boleh pergi ke beberapa kedai kopi tempatan yang ada di bandar ni. Tapi penduduk Bandar Tenom sendiri suggest untuk korang pergi ke Tenom Coffee Valley, Yit Foh Coffee Park, dan Therami MS Café. Confirm tak menyesal.

 

‘Bandar Kopi’ Sabah

Itulah dia antara aktiviti-aktiviti di Bandar ni, ada banyak lagi yang korang boleh buat di sini seperti melawat Fatt Choi Coffee Tower, Taman Rekreasi Pammas, Yong Farmstay, dan banyak lagi lah. Jadi korang dah boleh plan dari sekarang mana korang nak pergi selepas kes covid ni dah reda. Apa pun jaga SOP dan pakai mask okay? Have fun!

Destination: