Bosan Work From Home? Apa Kata Cuba Work From Hotel Pula

November 03, 2020 - 04:59 PM


Kebanyakan rakyat Malaysia sekarang ni sudah pun mula bekerja dari rumah. Ini kerana untuk pergi ke tempat kerja, mereka risau dengan risiko dijangkiti dengan virus COVID-19. Tapi seperti mana yang korang dah rasai sekarang ini, kadang-kadang agak bosan kan kerja di rumah? Tiap hari tengok benda yang sama dan rutin yang sama je. Jadi apa kata, daripada korang 'work from home', korang 'work from hotel'.

 

1) Royal Chulan

Hotel Royale Chulan di seluruh Malaysia baru-baru ini mengeluarkan satu iklan di mana pelanggan boleh bekerja di ruangan foyer dan ruang rehat yang telah diubahsuai menjadi tempat kerja. Hanya RM49 je korang boleh bekerja di sana selama 12 jam, dapat air percuma (free flow), parking percuma, dan lunch di restoran hotel tersebut. 

 

2) Grand Margherita Hotel, Kuching

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Our hotel offer a safe and comfortable working space by adapting swiftly to the enhanced cleanliness measures in accordance to the Ministry of Health's guidelines #MOH. • Work-From-Hotel pass is available daily for RM30 nett from 10am- 9pm. • Visit bit.ly/3cPYwDt to purchase the pass and #enjoy a pack of complimentary privileges such as free flow of beverage, WiFi, RM10 food credit at Orchid Garden Coffee House and free hotel car parking, subject to availability. • You can also access our #newnorm Rajang Lobby Lounge, Rajang Terrace or Orchid Garden Coffee House, subject to availability. • For more info, call us at +6082532111. #gmh #grandmargherita #grandmargheritahotel #insidersclub #wfh #newnorm #staysafe #kitajagakita #sarawak #kuching #sarawaktravel #siasitoksarawak #sarawakmoretodiscover

A post shared by Grand Margherita Hotel (@grandmargherita) on

Kalau korang nak tahu, hotel Grand Margherita ni merupakan hotel 4 bintang tau guys. Tapi harga yang ditawarkan untuk korang work from hotel ni memang sangat murah, pada RM30 je. Korang akan dapat air percuma (free flow), WiFi berkelajuan tinggi, parking percuma, dan RM10 voucher makanan di Orchid Garden Coffee House mereka.

 

3) Grand Darulmakmur, Kuantan

Di hotel ni korang boleh duduk di salah satu bilik hotel yang ada dan bekerja dari 9 pagi hingga 5 petang. Korang akan dapat air teh dan kopi percuma (free flow), wifi, parking, dan 20% diskaun untuk service order. Bukan tu je, korang cuma perlu tambah RM50 sahaja untuk tidur semalaman di hotel ni setelah seharian penat bekerja. 

 

4) The Chow Kit, Kuala Lumpur

Hotel mewah yang sering menjadi tarikan pelancong tempatan dan luar negara. Hanya dengan RM30 sahaja korang boleh duduk di The Chow Kit Kitchen and Bar dan menikmati air kopi barista secara percuma tau. Bukan tu je, korang juga akan dapat 30% diskaun untuk menu mereka. Restoran ni merupakan salah satu restoran baru yang terbaik di Asia Pasifik menurut CNN Travel.

 

Jom Work From Hotel Mulai Hari Ini

Jadi itulah dia beberapa hotel yang korang boleh pergi untuk melakukan tugas kerja korang. Kadang-kadang kita ni perlukan udara segar, kalau asyik terperap je tak boleh jugak kan. Tapi ingat, walaupun hotel-hotel ni selalu melakukan kerja sanitasi, korang juga perlu memainkan peranan korang dalam mematuhi SOP okay? Jangan lupa pakai penutup muka. Have fun bekerja!

 

Destination: