Cepat Tebus E-Baucar Tunai Bawa Anak-Anak Ke Taman Tema Keluarga!

November 01, 2021 - 11:50 AM


Menjelang hujung tahun ini mesti ramai ibu bapa yang mempunyai rancangan untuk membawa anak-anak bercuti ke taman tema kegemaran mereka.

Ini ada satu berita baik untuk anda!

Kini anda boleh menebus e-baucar tunai bernilai RM10 menerusi kempen ‘Rediscover Fun A-Theme Park Family Affair’ sehingga 10 Disember 2021.

Macam mana nak buat penebusan?

Caranya mudah sahaja anda hanya perlu melayari website rasmi Persatuan Taman Tema dan Pusat Hiburan Keluarga Malaysia (MATFA) di matfa.org.my dengan kadar segera kerana penebusan tersebut adalah berdasarkan terma dan syarat ‘siapa cepat dia dapat’!

Bukan sahaja dapat e-baucar tunai RM10, malah anda juga berpeluang menikmati diskaun tiket masuk sehingga 50 peratus, di lebih 25 taman tema dan pusat hiburan keluarga seluruh negara.

Maklumat lanjut berkenaan senarai taman tema yang mengambil bahagian serta terma dan syarat kempen -- anda boleh layari matfa.org.my atau www.malaysia.travel

Tawaran istimewa berkenaan dengan nilai keseluruhan RM400,000 adalah daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan kerjasama MATFA.

Sumber: Berita Harian

Destination: