Itali Cipta 'Booth Kaca' Tepi Pantai Untuk Riadah Sambil Elak COVID-19

April 20, 2020 - 07:21 PM


Tiada siapa pernah menyangka bahawa sejenis virus kecil dan halus mampu untuk melumpuhkan satu dunia termasuk industri pelancongan antarabangsa.

Namun itulah yang sedang kita alami akibat penularan wabak COVID-19 hingga menyebabkan banyak destinasi percutian terkenal dunia terpaksa mengambil langkah 'tutup pintu' kepada pelancong tidak kira tempatan mahupun luar negara.

Di Itali meskipun ia muncul antara negara yang paling banyak kes COVID-19 yang sehingga kini telah merekodkan 178,972 kes positif dengan 23,660 kematian -- namun Itali tetap optimis untuk merancakkan kembali pusat-pusat pelancongannya yang popular.

Terbaharu, Itali membuat inovasi dengan merancang pembinaan 'booth' atau bilik-bilik kaca di pesisiran pantai sebagai langkah selamat untuk mengelak jangkitan coronavirus di kalangan pengunjung.

Rekaan booth yang menggunakan ‘plexiglass’ (4.5 meter x 2.5 meter) bakal mengubah landskap di pesisiran pantai sekaligus memberi peluang para pengunjung bersantai dengan selamat dan selesa.

Lakaran awal untuk pembinaan booth kaca tersebut telah lengkap disiapkan oleh Neon Group 2.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Nuova Neon 2, Claudio Ferrari -- idea tersebut muncul beberapa minggu lepas selepas pasukannya membayangkan untuk kembali beriadah di pantai namun dengan langkah pencegahan yang selamat daripada jangkitan COVID-19 dan ketika itulah ilham berkenaan tercipta.

Selain bilik-bilik kaca di kawasan pantai itu, pihaknya turut menerima permintaan untuk memasang plexiglass sama di restoran sebagai pelindung kepada pelanggan mereka.

Sumber: MstarDailymail.co.uk

Destination: