Jom Berkayak Di Tasik Putrajaya Pada Harga RM10.60 Je Untuk Satu Jam, Memang Best!
Siapa kata Putrajaya boring?
Putrajaya merupakan lokasi yang sangat cantik dan tenang. Malah keadaan di sana pun tidaklah terlalu sesak membuatkan lokasi ini sangat sesuai untuk mereka yang ingin lari dari kesibukan bandar. Tapi apa nak buat di Putrajaya?
Jangan risau, korang boleh cuba aktiviti berkayak di sini. Dan yang paling best, harga dia tidaklah terlalu mahal hanya pada RM10.60 untuk single dan RM15.90 untuk double / Canadian canoes yang boleh memuatkan hingga 3 orang.
Jadi bergantung kepada keperluan korang dan bilangan yang datang, boleh pilih mengikut kesesuaian masing-masing.
Harga tersebut adalah untuk durasi selama 1 jam berkayak di sana. 1 jam tu kira lama tau, memang nice je untuk korang meluangkan masa di Tasik Putrajaya tu.
Bagi korang yang takut sampan tu terbalik, jaket keselamatan turut disediakan. Tasik ni agak besar, jadi ianya memang satu pengalaman unik dan best untuk berkayak di sana.
Dan jangan lupa mengambil gambar. Kami suggest untuk ambil gambar dengan background masjid pink di sana, Gambar korang pun akan kelihatan sangat cantik dan unik, bolehlah masuk Instagram dan Facebook nanti.
Ada juga rowing boat pada harga RM21.20 dan aqua boat pada harga RM30 untuk 20 minit. Bagi yang nak berbasikal pula, harga dia RM10.60 untuk 1 jam.
Alamat: Kelab Tasik Putrajaya, 2, Jalan P8, Precinct 8, 62250 Putrajaya, Federal Territory, Malaysia