Kampung Yang Ditenggelamai Padang Pasir Muncul Semula Setelah 30 Tahun

January 13, 2021 - 11:24 PM


30 tahun yang lepas, sebuah kampung di Oman telah ditenggelami pasir dan membuatkan Wadi Al-Murr seolah-olah tidak pernah wujud di muka bumi ini. Namun penduduk kampung tersebut baru-baru ini melawat semula tapak tersebut dan mendapati Wadi Al-Murr telah muncul semula setelah 30 tahun hilang dari muka bumi ini.

Tapak permukaan bumbung rumah-rumah tersebut timbul di beberapa kawasan menjadi saksi kepada mereka yang pernah tinggal di kampung ini. Kejadian ini berlaku kerana perubahan perubahan iklim yang menyebabkan padang pasir membesar di seluruh dunia. Dan apabila kejadian ini berlaku, penduduk yang terlibat tidak mampu berbuat apa-apa.

Terletak di lembah sejauh 400km dari bandar Muscat, kampung Wadi Al-Murr memang agak terpencil dan hanya boleh dicapai dengan melalui jalan yang kasar. Namun kampung ini telah menjadi tarikan pelancong terutamanya buat mereka yang mempunyai feeling nostalgia. Seni binaan yang tradisional juga menarik perhatian fotographer di negara tersebut.

Terdapat sebuah masjid di tengah-tengah kampung tersebut dan ianya mempunyai 30 buah rumah dan 150 penduduk satu ketika dahulu. Apa yang mengagumkan mengenai sejarah kampung ini adalah bagaimana bencana alam boleh memadap seluruh kampung dari muka bumi dan timbul semula selepas 30 tahun. Memang sangat mengagumkan!

Sumber: Arab News

Destination: