Le’ One Kokol Elf – Lagi Satu Lokasi Instagrammable Di Sabah Yang Korang Boleh Pergi

October 21, 2020 - 08:33 PM


Siapa je yang tak suka dengan lokasi-lokasi cantik dan instagrammable? Apa guna pergi tempat lawa-lawa tapi tak ada gambar yang diambil sebagai kenang betul tak? Jadi kalau korang jenis yang suka travel dan ambil gambar sana sini, jom pergi ke Sabah! Terletak di puncak Bukit Kokol di Kota Kinabalu Sabah, le’One Koko Elf menjadi lokasi bersantai yang pernah viral pada tahun lepas.

Ada satu lokasi bergambar yang sangat cantik di mana korang duduk di atas buaian yang seolah-olah memberikan gambaran korang swing ke luar tebing bukit tersebut. Memang sangat cantik sambil korang swing buaian tersebut, korang boleh lihat pemandangan Kota Kinabalu dari sini.

Ada yang mengatakan bahawa lokasi ni sama je macam lokasi viral di Bali tu. Tapi bagi Rileklah, lokasi ni mungkin lebih baik sedikit kerana pemandangan gunung ganang yang ada di depan korang sangat cantik. Korang memang kena datang waktu senja untuk tengok sendiri sunset dan bergambar di atas buaian tersebut. Mesti cun punya gambar yang korang ambil.

Tapi kalau korang gayat, tak apa. Lokasi ni menjadi port lepak orang ramai kerana kepelbagaian tarikan yang ada di sini. Ada tempat duduk yang diberi nama Sunset Catcher di mana kerusi tersebut berbentuk seperti sarang burung. Dan seperti namanya juga, ini adalah lokasi terbaik di Le’One untuk tengok sunset. Sia pada bantal lagi tau.

Kalau lapar, dalam ni juga ada restoran yang menyediakan makanan halal. Jangan risau. Tapi untuk masuk ke tempat ni korang perlu bayar sebanyak RM40 atau RM120 (untuk pelancong asing). Jadi kalau korang ada plan nak pergi ke Kota Kinabalu dalam bulan yang mendatang, apa kata singgah ke lokasi ni untuk bergambar?

Alamat: KM 7, Jalan Kokol, Menggatal, Kota Kinabalu

Waktu Operasi: 9 pagi hingga 7.30 malam setiap hari

Facebook

Destination: