Malakat Mall, Lubuk Produk Bumiputera Dibuka Secara Rasmi Esok!
Korang tahu tak selain menjadi bandar pintar pertama di Malaysia, Cyberjaya juga sebenarnya memiliki sebuah pusat beli-belah yang memasarkan produk Bumiputera di bawah satu bumbung untuk kemudahan pengguna yang cintakan dan ingin menyokong pembelian barang buatan tempatan.
Pusat beli belah tersebut dinamakan MALAKAT MALL itu bakal dibuka secara rasmi esok (13 Mac 2020) serta terletak berhampiran Raudhah City dan di belakang bangunan D'Pulze.
Bersempena dengan hari pertama pembukaannya kepada orang awam, Malakat Mall bakal menawarkan diskaun sehingga 50 peratus!
Selain barang-barang runcit, Malakat Mall turut dilengkapi dengan restoran, kedai baju lelaki dan wanita, peralatan hiasan rumah, alat tulis, barangan sukan, Rooftop ZIPLINE JUMP dan bermacam lagi.
Idea untuk membuka pusat beli-belah yang berkonsepkan lubuk produk Bumiputera adalah bertujuan bagi meningkatkan lagi penyertaan usahawan golongan tersebut dalam pasaran runcit di Malaysia.
Bagaimanapun, 20 peratus daripada tempat jualan di pusat membeli-belah itu masih dibuka kepada syarikat bukan Bumiputera atau syarikat asing.
Menariknya Malakat Mall juga dikatakan bakal menawarkan pengalaman membeli-belah yang jarang dialami di tempat shopping lain seluruh negara.
Bayangkan ketika tengah bershopping, tiba-tiba berkumandang Azan Zohor di dalam mall dan para pengunjung akan diajak untuk bersolat jemaah bersama-sama di tengah-tengah mall yang telah disediakan hamparan sejadah. Ternyata ia sebuah pengalaman beli-belah yang indah dan unik, kan?
Malakat Mall beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.
Sumber: FB Malakat Mall