Mantap! 100% Hotel Di Qatar Kini 'Qatar Clean Certified'

June 24, 2021 - 05:58 PM


2 tahun kita berada di dalam pandemik, min yakin ramai yang kini lebih teliti dan peka perihal kesihatan dan kebersihan, makin ramai membasuh tangan ataupun mensanitasi tangan lebih kerap daripada sebelum ini. Semalam min ada kongsikan jangkaan trend pelancongan pasca-pandemik yang korang boleh baca di sini, dan antaranya adalah faktor kebersihan yang akan semakin dititikberatkan oleh pelancong. 

Qatar National Tourism Council (QNTC) sekali lagi mendahului langkah menjaga keselamatan dalam bagi menjamin keyakinan pelancong dari seluruh dunia dengan program Qatar Clean yang kini telahpun mencapai tahap 100% pada sektor hotel di mana kesemui hotel di dalam negara tersebut mencapai piawaian bersih Qatar Clean. 

Program tersebut kini bakal diperkembangkan lagi ke sektor lain seperti pengangkutan, peruncitan, restoran, dan tempat-tempat kebudayaan. Qatar kini telahpun menarik semula beberapa undang-undang yang digunakan sebelum ini bagi mengawal jangkitan wabak pandemik, dan kesemua hotel telah dibenarkan beroperasi dengan kapasiti yan terhad dan mereka yang telah divaksin sepenuhnya akan dilayan serta merta. 

Aplikasi seperti MySejahtera di Malaysia, Ehteraz yang digunakan di Qatar memberi keyakinan untuk negara tersebut membuka semula sempadan negara dan juga menggalakkan pelancongan domestik. 

Antara perkara yang menjadi titik tanda Qatar Clean adalah: 

1. Setiap hotel perlu melantik seorang Pengurus Qatar Clean yang perlu memantau segala perihal kebersihan dan melatih pekerja yang lain.
2. Hotel perlu membersih dan mensanitasi setiap fasiliti yang digunakan secara harian dan melakukan pembersihan dengan kerap dan berkala termasuk di dalam setiap bilik, sistem penghawa dingin, tangki air, tandas, dewan, dan lobi. 
3. Bagi mengurangkan kontak, hotel perlu menggunakan sistem tanpa kontak bagi prosedur check in dan check out dan juga memastikan jarak fizikal 2 meter diamalkan selalu.
4. Setiap staf perlu diperiksa suhu badan dan sekiranya menunjukkan gejala perlu diasingkan serta merta. 

Destination: