Mengkabong River Bridge Lokasi Terbaik Untuk Tengok Sunrise Dan Sunset Di Sabah

October 06, 2020 - 01:20 PM


Ada banyak jenis kaki travel di luar sana. Ada yang suka travel hanya untuk makan, ada yang ingin cuba pelbagai jenis hotel, ada yang travel untuk tarikan, dan ada juga yang travel untuk mencari lokasi sunrise dan sunset yang cantik. Kalau korang jenis yang last tu, ini merupakan lokasi terbaik untuk korang.

Jambatan ni hanya mengambil setengah jam sahaja perjalanan dari Kota Kinabalu dan ianya menghubungkan bandar tersebut dengan pekan Tuaran. Dikenali juga sebagai jambatan goyang, dan mempunyai jarak sepanjang 300 meter.

Memang Confirm Gambar Insta Worthy

Memang lokasi ni menarik perhatian photographer dan instagrammer di Malaysia untuk mengambil gambar pemandangan cantik yang dilengkapi dengan Gunung Kinabalu. Saat-saat matahari naik dan terbenam disebalik gunung tersebut menjadikan lokasi ini satu tarikan di Sabah.

Korang juga boleh lihat nelayan Bajau sedang bersiap sedia atau menyelurusi sungai ini ketika korang sedang bergambar.

Apa Lagi Yang Korang Boleh Buat Selain Bergambar?

Terdapat beberapa aktiviti yang korang boleh buat di sini, antaranya berkayak di paya bakau, melihat burung dan kunang-kunang, dan river cruise. Malah korang juga boleh pergi ke perkampungan nelayan yang berdekatan untuk memancing.

Kalau korang nak tahu, ikan yang selalu ditangkap di sini adalah ikan barramundi. Kalau korang kaki pancing, tapi tak pernah lagi tangkap ikan ni, boleh la try datang sini.

Jaga-Jaga Dengan Aliran Trafik

Bila korang datang sini sila park jauh sikit dan bukan di kawasan jambatan ya. Jangan haling trafik dan buat sesak. Boleh jalan kaki sikit. Dan biasanya matahari terbit dalam pukul 5.45 macam tu, jadi kalau nak tengok sunrise korang gerak la awal sikit. Dan jangan seronok sangat sampai meloncat tengah jalan. Duduk je di kaki lima jambatan tu.

Apa pun sila jaga SOP dan pakai face mask. Enjoy guys!

Destination: