Patutlah Gembira Je Kalau Jenjalan Melaka, Rupanya Ia Antara 10 Bandar Paling Bahagia Di Malaysia!

June 03, 2020 - 01:03 PM


Tahukah anda bahawa setiap 20 Mac, negara di seluruh dunia sebenarnya menyambut "Hari Kebahagiaan Sedunia" pada setiap tahun.

Sambutan ini bertujuan mengiktiraf hubung kait di antara keseimbangan pembangunan fizikal, sosial dan alam sekitar ke arah kebahagiaan dan kesejahteraan penduduk sejagat.

Ini adalah selaras dengan matlamat PBB untuk mewujudkan keamanan dan kesejahteraan melalui aspirasi universal dalam kehidupan manusia di seluruh dunia.

Malaysia juga tidak ketinggalan dalam menyambutnya setiap tahun bermula sejak 2015.

Pada tahun ini, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui PLANMalaysia buat julung kalinya juga mengiktiraf dan menganugerahkan 10 Bandar Paling Bahagia di Malaysia melalui Indeks Kebahagiaan.

Bandar manakah yang diiktiraf sebagai bandar paling bahagia di negara kita?

Berikut senarai 10 Bandar yang telah diumumkan oleh PLANMalaysia pada 1 Jun 2020, Isnin melalui Facebook PLANMalaysia.

1) Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
2) Majlis Bandaraya Kuala Terengganu
3) Majlis Bandaraya Seremban
4) Majlis Perbandaran Kulai
5) Majlis Perbandaran Taiping
6) Majlis Perbandaran Kuantan
7) Majlis Perbandaran Bentong
8) Majlis Perbandaran Jasin
9) Majlis Daerah Yan
10) Majlis Daerah Jeli

Nak tahu apa indikator dalam mengukur kebahagiaan bandar-bandar ini menerusi kaji selidik kepada para penduduknya?

Ini 14 komponen utama yang terlibat :-

(i) Tahap kehidupan dan kesihatan
(ii) Kebahagiaan bersama keluarga dan saudara-mara
(iii) Keseronokan bekerja
(iv) Pengurusan kewangan
(v) Hubungan dengan jiran
(vi) Aktiviti bersama komuniti
(vii) Keselamatan kawasan kediaman
(viii) Kemudahan awam dan infrastruktur asas yang disediakan
(ix) Perkhidmatan PBT dan pemimpin tempatan
(x) Kualiti alam sekitar

Sebenarnya, PLANMalaysia telah melaksanakan Kajian Indeks Kebahagiaan ini bermula dari tahun 2013 sehingga 2019 dengan jumlah keseluruhan responden melebihi 60,000 orang di seluruh Malaysia.

Adakah anda antara salah seorang penduduk yang bahagia dan gembira di kawasan bandar anda? Nampaknya bandar min belum cukup bahagia tahun ini...Hehehe...

Sumber: PLAN Malaysia

Destination: