Setiap Jumaat & Sabtu Sepanjang Oktober Ni, Jom Jelajah Kellie's Castle Sampai Tengah Malam!
Bagi siapa yang suka mencabar adrenalin ketakutan korang atau sememangnya seorang penggemar aktiviti paranormal, korang jangan lepaskan peluang untuk sertai 'KELLIES NIGHT TOUR V.3'.
Korang bakal berpeluang untuk dibawa oleh seorang pemandu pelancong secara percuma untuk jalan-jalan pada waktu malam meneroka misteri seram di Kellie's Castle di Batu Gajah, Perak.
Kellies Night Tour ini diadakan pada setiap Jumaat dan Sabtu sepanjang bulan Oktober ini.
Berikut tarikh yang mana ditawarkan pakej bagi korang merasai sendiri pengalaman yang menyeramkan di lokasi 'keras' tersebut :
- 2 & 3 Oktober 2020
- 9 & 10 Oktober 2020
- 16 & 17 Oktober 2020
- 23 & 24 Oktober 2020
- 30 & 31 Oktober 2020
Kalau korang yang pernah mengunjungi Kellie's Castle pada waktu siang dan berasa tempat itu tidak cukup meremangkan bulu roma, Kellies Night Tour ini adalah peluang keemasan yang tak boleh korang lepaskan.
Apatah lagi korang bakal membuktikan sendiri sama ada destinasi yang diiktiraf antara 5 lokasi paling seram di Malaysia oleh pengkaji paranormal antarabangsa dan portal pelancongan Expedia dari Amerika Syarikat itu benar-benar mempunyai 'penunggunya' ataupun tidak.
Korang boleh menjelajah ke setiap pelusuk istana lama itu bermula pukul 8 malam hingga 12 tengah malam.
Harga tiket yang ditawarkan juga sangat berbaloi iaitu dewasa (dengan MyKAD) hanyalah RM10 dan kanak-kanak (dengan MyKID) RM5 sahaja.
Jadi tunggu apa lagi...mohle #travelperaklah!!
Kredit Gambar: Zamn Mui
ARTIKEL BERKAITAN: Disebalik Kisah Mistik Dan Sejarah Kellie’s Castle Di Batu Gajah, Perak