Stailnya Jambatan Pelangi Kat Pitas, Sabah Ni! Tengah-Tengah Pokok Bakau Lagi, So 'Instagrammable'!

TARIKAN
November 18, 2020 - 05:16 PM


Kalau sebut tentang melancong ke Sabah pasti ramai yang memilih destinasi popular seperti Kota Kinabalu, Kundasang, Semporna dan Tawau.

Tetapi korang pernah dengar tak mengenai sebuah lagi lokasi yang tidak kurang menariknya di Negeri Di Bawah Bayu iaitu Pitas.

Apa ada di Pitas?

Baru-baru ini daerah Pitas telah viral di media sosial apabila ramai yang berkongsi gambar-gambar cantik mengenai sebuah "Jambatan Pelangi" di tengah-tengah keindahan hutan paya bakau.

Kalau korang pun nak merasa jalan-jalan santai sambil menghirup udara segar atau bergambar OOTD cantik berlatarbelakangkan warna-warni pelangi jambatan seperti ini -- korang boleh ke Pitas Mangrove, Rosob, Pitas, Sabah.

Pitas sebenarnya terletak di bahagian utara Sabah atau lebih dikenali dengan gelaran 'Tanduk Borneo'.

Untuk sampai ke sini jika dari Bandaraya Kota Kinabalu akan mengambil masa kira-kira 3 jam dengan jarak perjalanan sejauh 195 kilometer.

Lebih menarik, tiada sebarang caj dikenakan untuk masuk dan berjalan-jalan di Pitas Mangrove.

Cuma pastikan anda memakai baju dan kasut yang sesuai serta selesa untuk mengeksplorasi tempat ini.

Yang paling penting, gunakan daya kreativiti dan fotografi korang bagi mendapatkan shot-shot gambar yang menarik serta gunakan sehabis baik kemeriahan corak abstrak dan warna-warni yang dicat pada sepanjang jambatan berkenaan untuk menghasilkan foto yang 'insta-worthy'!

Mesti puas pengembaraan korang seharian di Pitas Mangrove berkenaan.

Kredit Gambar: @justinling & @orkidmerahjambu

Destination: 
Artikel berkaitan