Syoknya! Syarikat Penerbangan Australia Tawar Setahun Tiket Percuma Untuk Mereka Yang Sudah Divaksin

June 01, 2021 - 06:30 PM


Bila bercakap tentang naik flight, min sendiri pun dah boleh nak ingat balik saat-saat kali terakhir naik kapal terbang sebab dah lama sangat kita tak dapat nak ke mana-mana kan. Tetapi, berbeza dengan beberapa negara yang kini makin pulih, seperti Australia. 

Australia yang kini semakin pulih daripada wabak pandemik, dan berjaya dalam program vaksinasi mereka kini dalam pelbagai perancagan untuk membangkitkan semula ekonomi, dan tentu sekali sektor pelancongan yang paling teruk terkesan akibat pandemik. 

Syarikat penerbangan Australia, Qantas Airlines kini sedang menawarkan tiket penerbangan percuma selama setahun kepada mereka yang telah divaksin. Tapi, mesti lah bukan untuk semua orang. 

Qantas kini sedang menawarkan beberapa insentif yang ingin ditawarkan kepada penumpang mereka sebagai 'hadiah' kerana divaksinasi. Selain tiket percuma selama setahun, antara hadiah lain yang bakal ditawarkan adalah seperti diskaun, mata ganjaran, naik taraf percuma, ataupun baucar untuk kegunaan perjalanan akan datang. 

Hadiah yang paling besar sudah tentunya 10 hadiah utama iaitu ganjaran untuk terbang bersama Qantas Airlines secara percuma selama setahun, dan yang paling syoknya, dorang yang menang tak perlu risau untuk terbang berseorangan sebab hadiah tersebut ditawarkan sehingga 4 orang ahli keluarga.

Selain Qantas, hadiah tersebut juga boleh digunapakai untuk terbang bersama syarikat penerbangan tambang rendah Jetstar, iaitu adik-beradik kepada syarikat Qantas. Pemenang juga akan berpeluang untuk memenangi satu juta mata ganjaran yang boleh digunakan untuk membuat tempahan hotel dan tempat tinggal. 

Sebelum ni, Australia terpaksa untuk menghentikan semua penerbangan bermula Mac 2020 bagi menghentikan penularan wabak pandemik, dan dengan insentif yang ditawarkan Qantas ni mesti lapangan terbang dorang boleh kembali meriah. 

Destination: