Teringin Merasai Ketakutan Seperti Berada Di Dalam Filem Seram? Anda Boleh Book Rumah Asal 'Scream' Di Air Bnb

October 01, 2021 - 11:13 AM


Peminat tegar 'Scream' kini berpeluang mendiami rumah asal yang dipaparkan dalam filem seram tersebut melalui perkhidmatan Air BnB.

Kediaman berkenaan disenaraikan sempena sambutan ulang tahun ke-25 filem itu serta menjelang penyiaran filem terbaharu siri Scream pada 2022.

Pengunjung yang sanggup bermalam di rumah itu akan disambut oleh Arquette secara maya.

Mereka turut berpeluang untuk menggunakan telefon yang dipaparkan dalam filem asal, menonton kesemua siri Scream, menikmati 'popcorn' yang disajikan bersama Reddi-whip selain menjelajahi setiap bilik dalam rumah tersebut.

Tempahan dibuka untuk empat tetamu setiap hari manakala tempahan istimewa boleh dibuat untuk tiga malam berturut-turut pada hujung minggu Halloween dari 27 hingga 30 Oktober.
Tempahan boleh dibuat bermula 12 Oktober ini di laman sesawang Air BnB.

Destination: