Teringin Nak Camping Di Atas Awan? Jom Pergi Ke Puncak Dimie Di Sabah!

September 08, 2020 - 03:28 PM


Sabah memang banyak lokasi yang unik dan menarik untuk rayat Malaysia pergi bercuti. Dan salah satu tarikan yang unik dan menarik di Sabah ialah Puncak Dimie Banjaran Crocker. Ia merupakan lokasi camping bagi mereka yang inginkan pemandangan yang menakjubkan, malah ia akan membuatkan korang rasa seolah-olah berada di atas awan. Dan yang paling penting, lokasi ni free!

 

Persediaan Naik Ke Atas

Okay, tempat ni tak perlu hiking jauh pun. Takat 300m je guys, apa la sangat 300m tu. Tapi untuk orang yang baru nak hiking mungkin kena bina la sikit stamina dia. Yelah nak bawak khemah apa semua lagi. Dan korang juga kena sediakan baju sejuk. Dah la lagi tinggi dari awan, suhu pula boleh mencecah sehingga 16 darjah celcius. Dah macam aircond paling sejuk tu.

Bila dah bawa khemah tu, korang kena sediakan pemberat atau tali untuk pastikan khemah tersebut tak terbang ditiup angin apabila di puncak. Bukan tu je, dekat atas tak ada toilet tau. So korang kena bawa air yang banyak, wet tissue, ubat serangga, kuali (kalau nak masak simple-simple macam Maggi), dan arang untuk mudahkan korang buat unggun api.

 

Kena Berhati-Hati Di Atas Sana

Kalau korang nak pergi sini dan camping, jangan bawa budak-budak. Orang yang sleepwalking pun tak digalakkan. Kerana lokasi puncak ni berdekatan dengan gaung, agak bahaya untuk keselamatan mereka.

 

Pemandangan Atas Awan Yang Sangat Menakjubkan

Jadi itulah persiapan dan perkara yang korang kena ambil tahu sebelum pergi ke sana. Mudah je pendakian ni, macam naik Broga atau Tabur. Dan korang memang akan terpukau dengan pemandangan sunset dan sunrise di sini. Atas awan kot. Bangun pagi buka khemah memang tergamam dengan pemandangan depan mata. Enjoy!

 

SumberKaki Camping Borneo

Destination: