Wow! China Tengah Bina Replika Saiz Sebenar Titanic
Rasanya macam baru je sebelum ni Min ada kongsikan tentang negara China yang memang hebat dalam kerja-kerja menciplak ataupun membuat replika kepada satu-satu perkara yang memang bukan milik dorang. Bukan saja barang-barang yang kecil, ataupun barangan berjenama, sebelum ni Min pernah kongsikan yang dorang pernah ciplak sebiji bandar Paris. Korang boleh baca kat sini.
Kali ini, China menjadi bualan hangat pula dalam topik membuat replika sebab dorang sekarang sedang membina sebuah replika kepada kapal Titanic yang karam pada tahun 1912, yang juga menjadi terkenal dengan sebuah filem lakonan semula yang dikeluarkan pada tahun 1997.
Sebuah replika bersaiz sebenar Titanic kini dalam pembinaan di daerah Daying di Sichuan, China dan diberikan nama Unsinkable Titanic ataupun Titanic yang tidak boleh karam, dengan saiz sebenar Titanic yang karam dulu iaitu 269.06 meter panjang, dan 28.19 meters lebar.
Titanic tersebut bakal menjadi tarikan utama di sebuah taman tema yang dipanggil Romandisea, dan bahagian dalam kapal tersebut bakal menyerupai kapal sebenar dengan dilengkapi dewan bankuet, panggung, dek tinjau, dan juga kolam renang.
Selain itu, kalau korang ke sana dan teringin nak berlayar dengan Titanic, korang boleh bayar untuk berlayar untuk satu malam di mana kapal tersebut akan berlayar di sekitar sungai Qijang, lebih kurang 130 km dari bandar Chengdu.
Buat masa ni belum ada tarikh rasmi bagi pembukaan kapal tersebut namun menurut sumber, pembinaan replika tersebut memerlukan 23,000 tan keluli dan kos keseluruhan lebih kurang RM636.4 juta.