Belum Kesampaian Nak Ke Eropah? Pergi China Je, Ada Bandar Paris Ciplak

JALAN-JALAN
March 02, 2021 - 11:50 AM


Kita semua tahu yang China memang terkenal dengan barang-barang tiruan, dari yang murah, sampai ke jenama-jenama mewah pon dorang boleh tiru. Tapi, siapa sangka dorang mampu ciplak satu bandar, iaitu Bandar Paris. Sampai ke Menara Eiffel dorang ciplak sebijik!

Paris ciplak ini ialah bandar Tianducheng, yang terletak di Zhejiang, China. Bandar tersebut dibina dengan tujuan asal untuk menempatlan 10,000 penduduk, tetapi 9 tahun selepas bandar tersebut siap dibina, ianya masih lagi sunyi. 

Selain menara Eiffel, mereka turut membina item-item iconic lain dari bandar Paris seperti air pancut Le Fontaine de l'Observatoire yang terbiar kering kerana bandar tersebut gagal mendapat sambutan. 

Bandar tersebut bukan sahaja meniru item-item ikonik dari Paris, tetapi hampir keseluruhan bandar tersebut dibina menyerupai bandar Paris. 

Bandar Tianducheng gagal mendapat sambutan akibat harga hartanah yang terlalu tinggi serta perkembangan ekonomi dunia yang gagal mendapatkan pelabur untuk datang ke bandar tersebut.

Negara China turut mempunyai bangunan ikonik ciplak di bandar-bandar lain seperti The Kremlin dari Moscow di Beijing, Tower Bridge dari United Kingdom di Suzhou, dan Marina Bay Sands dari Singapura di Chongqing. 

Sumber: Syok

Destination: 
Artikel berkaitan