2 Helikopter TLDM Lumut Bertembung Di Udara, 10 Tentera Dilaporkan Terkorban

TERKINI
April 23, 2024 - 11:41 AM


Dua helikopter dilaporkan bertembung di ruang udara dan terjatuh di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, pagi ini.

Difahamkan, kedua-dua helikopter berkenaan sedang menjalani latihan raptai sempena Hari Terbuka Armada yang dijadualkan berlangsung 3 hingga 5 Mei ini. 

Kejadian tersebut berlaku di ruang udara sekitar Lumut, Perak melibatkan sebuah helikopter jenis AW139 dan helikopter Fennec.

Menerusi video dimuat naik di laman X (@Marchforward), kemalangan itu berlaku apabila dua buah helikopter berkenaan berlanggar antara satu sama lain ketika membuat penerbangan. 

Laporan awal daripada pihak bomba mengesahkan tiga mangsa meninggal dunia dan empat mangsa lagi sedang dikeluarkan. 

Terkini, Unit Komunikasi Strategi TLDM telah mengeluarkan satu kenyataan berkenaan dengan kemalangan tersebut.

 

Sumber: Berita Harian & X

Destination: