"Ada Miscommunication" - Pengusaha Cromboloni Mohon Maaf, Sidai Pelanggan Dan Isu Personal Shopper

TERKINI
January 11, 2024 - 05:13 PM


Baru-baru ini tular satu isu di mana ramai pelanggan terpaksa beratur berjam-jam demi beberapa ketul pastri yang sedang mendapat sambutan hangat dari orang ramai iaitu cromboloni. Satu kedai yang menjual pastri tersebut, diserbu pelanggan sempena "Cromboloni Day" yang dianjurkan premis.

Namun, ramai pelanggan yang tidak berpuas hati. Bukan sahaja terpaksa beratur lama, bahkan tidak dapat membeli crombolini yang mereka inginkan kerana dikenakan had pembelian. Semuanya dikatakan berpunca dari PS atau personal shopper yang telah memborong dengan banyak. 

@loafadam Replying to @n.i.a95 ♬ original sound - Loaf, Adam

Susulan dari insiden tersebut, Adam yang merupakan pemilik premis pastri tampil dengan video permohononan maaf. Adam menjelaskan serba serbi apa yang telah berlaku. Dari segi produksi, pengurusan dan sebagainya.

Adam mengakui terdapat miscommunication dari pihaknya dan berjanji perkara sedemikian tidak akan berulang lagi. 

Destination: