Ancaman Awan Gelap Nyalaan Suria Sejuk Meletus Dari Matahari Jumaat Ini - NASA & NOAA

TERKINI
July 24, 2024 - 06:56 PM


Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) berjaya merakam satu letusan plasma gelap di matahari.

Menurut pihaknya, letusan itu mempunyai risiko 60 peratus menyebabkan gelombang radio terputus selain mengganggu sistem komunikasi penerbangan dan satelit minggu ini.

Nyalaan suria ‘sejuk’ pada suhu 19,982 darjah Celsius itu adalah kira-kira satu perempat daripada suhu suar suria ‘panas’ matahari. 

Ancaman letusan matahari Jumaat ini

Namun, Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) bertindak mengeluarkan amaran kelmarin bahawa nadi plasma gelap itu boleh membawa kepada turun naik grid kuasa.

Ia berpotensi mengganggu gelombang radio, komunikasi penerbangan dan operasi satelit sekurang-kurangnya pada Jumaat ini.

Awan gelap nyalaan suria sejuk meletus dari matahari jelas dipaparkan menerusi video daripada pihak NASA.

Ia mencipta apa yang kelihatan seperti asap hitam apabila plasma yang lebih sejuk daripada purata itu ‘menembak’ ke utara di atas permukaan matahari.

Sumber: Kosmo Online