NASA Tawarkan Percutian Ke ISS Pada Tahun 2020

TERKINI
June 11, 2019 - 04:38 PM


Bercuti di muka bumi dah ‘mainstream’? Apa kata korang ke angkasa lepas pula selepas ni. Manalah tahu, dah bosan atau selalu sangat travel.

National Aeronautics and Space Administration (NASA) baru-baru ini membuka peluang kepada orang awam yang berhajat untuk bercuti ke International Space Station (ISS) yang terletak 408km dari bumi.

Pelancong yang berminat boleh sediakan kira-kira RM145 ribu semalaman dan pelancongan ke ISS ini dikategorikan sebagai ‘private astronaut’ atau angkasawan persendirian.

Psst : Nampaknya lepas ni, ramailah ‘angkasawan’ negara.

Dalam program pelancongan yang ditawarkan NASA ini, pelancong akan diterbangkan menggunakan roket milik Amerika Syarikat dan akan berada di stesyen tersebut selama sebulan.

Bahagian dalam ISS - Photo Credit : National Geographic Channel

Jadi, pengiraan kasarnya… RM145 ribu darab 30 hari. Kos keseluruhan adalah RM4.3 juta. Hehe. Eh, itu hanya ‘penginapan’ di ISS, tak termasuk tambang ke sana.

Kalau nak kira tambang pula, ada dua syarikat akan diupah oleh AS untuk membawa pelancong ke ISS iaitu Space X yang ownernya adalah Elon Musk, ataupun Boeing. Untuk satu penerbangan, tambangnya adalah USD60 Juta! Kira-kira RM250 juta!

Jadi, secara keseluruhannya, korang kena ada RM255 juta untuk sampai ke ISS. Fuh, berpeluh baca!

Tapi, kalau ada yang amik pakej ini, dia bukanlah orang pertama yang melancong ke ISS. Sebabnya pada 2001, dah ada seorang ahli perniagaan AS yang dah sampai ke ISS, Dennis Tito nama dia. Memang kaya toksah cerita lah. 

Selain pelancongan ke ISS, NASA dalam perancangan untuk menswastakan ISS menjelang tahun 2025 dan projek ke bulan akan dilancarkan pada tahun 2024. Sasaran mereka adalah untuk membawa wanita pertama dan manusia pertama ke bulan!

Nak pegi check akaun bank ke tu?