'Bungkus' Kucing Dalam Guni Campak Ke Laut, Penjual Kuih Mengaku Tidak Bersalah
TERKINITerdahulu, tular di media sosial video satu berdurasi 66 saat memaparkan beberapa individu mengambil sebuah guni dari dalam parit dan mendapati terdapat bangkai kucing.
Sapa la perangai mcm setan ni.
— #UpdateInfo🇲🇾🌍 (@update11111) June 1, 2024
Bungkus kucing dalam guni berikat dan lempar dalam sungai hingga kucing menemui maut di sungai Jalan Kota Giam, Jelutong, Pulau Pinang. pic.twitter.com/4KQ4MJ3flC
Seorang penjual kuih didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas pertuduhan sengaja menyebabkan kematian seekor kucing pada 31 Mei lalu.
Bagaimanapun, tertuduh Faizul Azlan Ridzuan, 47, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi.
Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan sengaja menyebabkan kematian seekor kucing dengan cara memasukkan ke dalam guni dan mencampak ke dalam parit.
Kejadian didakwa dilakukan di Kota Giam, Jelutong dalam daerah Timur Laut pada 8.30 pagi, 31 Mei lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan.