Cameron Santorini "Haram" Digempur Majlis Daerah Cameron Highlands

TERKINI
August 06, 2024 - 02:32 PM


Cameron Highlands bukanlah satu lokasi percutian mahupun tarikan yang asing bagi pengjunjung dari luar mahupun dalam negara. Setiap hujung minggu pasti padat dengan pengunjung. Antara tarikan yang terbaharu di sana adalah  Cameron Santorini.

Tarikan yang diinspirasikan daripada Santorini yang ada di Greece di mana terkenal dengan binaan unik serta pemandangan yang cukup cantik. Namun siapa sangka, baru lebih kurang sebulan dibuka tarikan itu telah digempur oleh  Majlis Pembandaran Cameron Higlands (MDCH) kerana didakwa telah dibina secara haram.

Operasi yang bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir sekitar jam 11.30 pagi tersebut diketuai oleh Yang Dipertua MDCH, Tuan Azmil Hadid bin Maznan. 

Operasi ini turut melibatkan kerjasama kakitangan daripada MDCH serta pelbagai jabatan dan agensi daerah, termasuk Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Cameron Highlands (PDTCH), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP), Jabatan Kerja Raya Daerah Cameron Highlands (JKR) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Tindakan penguatkuasaan ini diambil berdasarkan Seksyen 70(1) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) yang menyatakan kesalahan pembinaan tanpa kelulusan.

MDCH berharap ia dapat menjadi pengajaran dan peringatan kepada semua pihak yang bercadang untuk menjalankan projek pembangunan agar mematuhi semua prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan.

Destination: