Demi Mengambil Sebiji Bola, Budak Lelaki Terbaring Melecur Akibat Renjatan Elektrik Di Bilik Jana Kuasa

TERKINI
November 17, 2023 - 11:15 AM


Hanya kerana berniat untuk mengambil sebiji bola semula, seorang budak lelaki terpaksa menahan kesakitan apabila seluruh badannya melecur terkena renjata elektrik di bilik janakuasa Tenaga Nasional Berhad (TNB), Taman Sri Bayu, Bayan Lepas, petang tadi.

@adamqoisyh12hehe Info dari Seri Bayu... Ada budak melecur satu badan. Punca, main bola kat court futsal. Tertendang bola masuk kat tempat TNB. Budak tu nak ambil bola, terkena kejutan letrik dlm tu.#elektrik #bolafutsal #rwyfb #foryoupage #fypシ゚viral #xyzbcafypシ #malahtkberbau #sad #pulaupinang #new ♬ original sound - 🅰️damQoisyh_SELEK√🇲🇾🇵🇸

Mangsa berusia 12 tahun itu ditemui dalam keadaan mengerang kesakitan akibat kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4.45 petang.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 4.55 petang dan operasi menyelamat membabitkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru dengan bantuan BBP Seri Balik Pulau.

Menurutnya, sebaik pasukan tiba di tempat didapati benar berlaku kejadian membabitkan seorang kanak-kanak lelaki yang mengalami kecederaan melecur akibat tersentuh perkakasan elektrik di dalam bilik janakuasa berkenaan.

“Mangsa telah dibawa ke hospital oleh pihak perubatan sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian.

“Komander Operasi membuat ‘size up’ memastikan tiada lagi kemerbahayaan sebelum menyerahkan kepada pihak TNB untuk tindakan selanjutnya.Operasi terkawal dan ditamatkan pada pukul 5.43 petang tadi,” katanya di sini, sebentar tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal turut mengesahkan kejadian berlaku dan berkata, kanak-kanak tersebut dilaporkan terjatuh di dalam bilik janakuasa TNB ketika masuk untuk mengambil bola.

Destination: