"Dia Spiderman Sebenarnya" - Tahanan Panjat Keluar Dari Lokap Buat Netizen Tercengang

TERKINI
December 18, 2023 - 02:41 PM


Pada 16 Disember yang lalu, kejadian sekitar 12.30 tengah hari itu, tahanan dikenali sebagai Nazri Hassan, 33, dipercayai melarikan diri sewaktu diiring anggota petugas lokap ke bilik siasatan untuk tujuan soal siasat.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Shahurinain Jais berkata, tahanan dipercayai memanjat pintu jeriji lokap menerusi tingkap di ruang senaman.

“Tahanan kemudiannya dipercayai keluar dari bangunan lokap sebelum memanjat pagar luar lokap dan melarikan diri.

“Petugas lokap telah mengejar tetapi gagal menahan lelaki terbabit apabila tahanan berlari laju ke kawasan belukar berhampiran,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Namun, tindakan pantas dari pihak polis, tahanan yang memanjat keluar dari Lokap Berpusat Kepayan berjaya ditahan semula tengah hari tadi di kawasan hutan di Tuaran.

Destination: