Diugut Pukul Dengan Helmet, Pelanggan Mcdonald's Buat Laporan Polis
TERKINISeorang lelaki membuat laporan polis selepas diugut oleh sekumpulan lelaki ketika menjamu selera bersama ahli keluarga di restoran McDonald’s.
China Press melaporkan, semasa kejadian yang berlaku pada 12 April di Kuantan itu, sekumpulan lelaki sedang mengadakan kempen boikot di luar restoran.
Why are they harassing people there?
— Amer Al-Jeffrey (@amer__aljeffrey) April 14, 2024
Kalau aku jadi yang tengah q tu aku akan lodge police report sebab kena harassed dengan mereka yang terpaling Palestin ni. pic.twitter.com/i7NUr7Eusf
Kumpulan tersebut pada mulanya memanggil pengadu, yang berbangsa Melayu dan berumur 40 tahun, apabila melihatnya memasuki restoran.
Seorang lelaki kemudian melakukan provokasi terhadap pengadu yang keluar dari restoran, tetapi pelapor memasuki semula restoran tanpa mempedulikannya.
Namun, selepas menjamu selera, kumpulan tersebut sekali lagi menganggu pengadu dan ahli keluarganya yang keluar dari restoran.
Tidak puas hati selepas dimaki dan dihina, pengadu menghampiri kumpulan tersebut tetapi diugut oleh seorang lelaki yang menyatakan akan memukulnya dengan menggunakan helmet motosikal. Pengadu segera meninggalkan tempat kejadian lalu membuat laporan polis sekitar pukul 12 tengah malam.
Polis telah menahan tiga lelaki tempatan, termasuk seorang anggota tentera kerana didakwa melakukan provokasi dan ugutan terhadap pelanggan di sebuah restoran makanan segera McDonald’s di Sungai Isap, Kuantan di Pahang.
Tangkapan tersebut dibuat pada Sabtu, sekitar jam 3.30 petang membabitkan seorang jurujual kereta berusia 33 tahun yang mempunyai rekod jenayah membabitkan dadah.
Manakala seorang lagi merupakan seorang kerani bank berusia 33 tahun dan seorang anggota tentera berusia 27 tahun yang berkhidmat di Kelantan.