"Elok Dia Mengigau Atas Dulang" - Tikus Jatuh Dari Siling, Pelanggan Medan Selera Putus Selera

TERKINI
November 29, 2023 - 01:50 PM


Sebagai pelanggan yang bijak, antara faktor yang wajar anda titikberatkan untuk makan di suatu premis sudah tentunya kebersihan. Biarpun suatu restoran itu mampu menghidangkan makanan yang lazat, jika premis berada di dalam keadaan kotor pasti "potong" selera anda.

Viral satu video di platform X, satu insiden yang amat mengejutkan berlaku di satu medan selera di Orchard Road, Singapura.

Berdasarkan video, tikus itu kelihatan terbaring di atas dulang makanan di Tangs Market. Sepertinya pelanggan yang memesan menu tersebut telah meninggalkan mejanya akibat terkejut dengan menu istimewa etrsebut.

Agensi Makanan Singapura (SFA) berkata pada Isnin (27 Nov) sedang menyiasat video dan kejadian tersebut.

"Keselamatan makanan adalah tanggungjawab bersama. Walaupun SFA melaksanakan dan menguatkuasakan langkah pengawalseliaan, pengendali makanan mesti memainkan peranan mereka dengan mematuhi amalan kebersihan dan penyediaan makanan yang baik," kata agensi itu.

"SFA tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pengusaha makanan yang ingkar."

Destination: