Gara-Gara Jumpa Kain Buruk Dalam Murtabak, Peniaga Bazar Ramadan Didenda 100K

TERKINI
March 27, 2024 - 03:05 PM


Setiap kali menjelang bulan Ramadan selain dari rasa teruja untuk menjalani ibadah puasa sudah tentunya bazar Ramadan turut menjadi tumpuan untuk mencari juadah berbuka bukan sahaja bagi mereka yang berpuasa bahkan orang ramai.

Namun, sesetengah peniaga tidak menitik beratkan faktor kebersihan dalam penyediaan suatu juadah. Itu yang menimpa seorang pelanggan di bazar ramadan Desa Pandan. Hasratnya untuk menikmati murtabak untuk berbuka bertukar menjadi pengalaman yang meloyakan.

Sehelai kain buruk ditemui dalam martabak yang telah dibelinya. Aduan mengenai perkara tersebut telahpun diterima oleh Kementerian Kesihtan Malaysia (KKM). KKM memandang serius dan peniaga akan dikenakan kompaun atau denda tidak melebihi RM100,000.

Destination: