JAIS Arah Tangguh Semua Program, Ustaz Don Akur & Sedia Beri Kerjasama

TERKINI
June 26, 2024 - 01:17 PM


Setelah terpalit dengan beberapa isu mengeluarkan perkongsian yang dianggap bercanggah, Ustaz Don terima surat dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyatakan semua agensi, masjid, surau dan musolla utnuk menangguhkan atau tidak mengundang penceramah, Don Daniyal Biyajid atau Ustaz Don untuk mengajar agama Islam di premis masing-masing.

Ketetapan tersebut dibuat berikutan beberapa isu mengenai pengajaran atau ceramah agama Islam yang disampaikan oleh Ustaz Don disyaki membawa kepada pelanggaran beberapa ketetapan di dalam Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008.

Ustaz Don akur dan sedia memberi kerjasama berhubung siasatan berkaitan doktrin palsu oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Don yang dihubungi menerusi pengurusnya dikenali sebagai Anna berkata, pihaknya sudah menerima surat berbentuk e-mel daripada jabatan tersebut semalam.

Destination: