Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemui Selamat Di Batang Kali, 5 Suspek Direman

TERKINI
July 23, 2024 - 11:26 AM


Kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun yang dilaporkan hilang di Iskandar Puteri, Johor Bahru, Sabtu lalu ditemui selamat.

Mangsa, Albertine Leo ditemui di satu lokasi di Batang Kali, Selangor dalam keadaan selamat. Penemuan itu disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan sebentar tadi.

Sebelum itu tiga suspek yang disiasat bagi kes culik seorang kanak-kanak perempuan yang hilang di pusat beli-belah Eco Galleria, Iskandar Puteri, pada Sabtu tiba di Kompleks Mahkamah Johor Bahru di sini pada pagi Selasa.

Suspek yang terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita itu dikawal ketat anggota polis serta bergari tiba di pekarangan kompleks mahkamah kira-kira jam 8.45 pagi.

Siasatan dijalankan bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan iaitu menculik dan melarikan seseorang dengan niat hendak mengurungnya secara sulit dan salah.

Terkini, mangsa ditemui di sebuah hotel bajet di Batang Kali. Kanak-kanak itu dibawa ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan. Polis menahan 5 suspek warga tempatan yang tiada hubungan persaudaraan dengan mangsa.

Destination: