Kanak-Kanak Termakan Keropok Beracun Tikus Meninggal Dunia 

TERKINI
July 10, 2024 - 01:18 PM


Seorang daripada dua beradik yang termakan keropok disyaki mengandungi racun tikus, disahkan meninggal dunia hari ini. 

Hal tersebut disahkan oleh ibu mangsa, Nurain Hasnorizal, 25, yang berkata anak sulungnya, Muhammad Akil Syauqi, 3, menghembuskan nafas terakhir pada 8.30 pagi.  

Sebelum ini, Muhammad Akil Syauqi dan adiknya, Muhammad Luth Syauqi, 2,dilaporkan kritikal selepas makan jajan yang dicampur racun tikus yang diambil berdekatan rumah mereka di Kampung Padang Ubi di Labu Besardi sini pada Ahad lalu.  

Ibu mangsa kemudian mendapati dua anaknya itu muntah dan menggelupur seperti diserang sawan lalu membawa mereka ke Klinik Kesihatan Malau dan Hospital Kulim (HK) untuk rawatan lanjut.

Difahamkan, makanan ringan itu digantung pada pagar dawai, didakwa bertujuan menghalau monyet yang mengancam tanaman pekebun di kawasan berkenaan.  

 

Sumber: Harian Metro

Destination: